Nov 27, 2011

#2

aku tak kira tapi aku yakin yang sekarang ni dah lebih sebulan kot every week aku akn balik rumah, sejak habis modul untuk sem ni. bukan apa, aku balik sebab serius bosan duk kolej. dah la roomate aku bukan takat weekend je balik, tapi weekday pun kadang-kadang tak stay kat bilik !


aku tahu dia busy sebab dia senior, aku tahu subjek kitorang makin naik sem makin susah, makin busy. sedangkan aku yang  baru part2 ni pun dah bernafas tahap anak tekak, apatah lagi dia yang dah part4 ! kebetulan rumah dia dekat je kan. sebab tu kadang-kadang aku pertikaikan kenapa lah dia apply kolej kalau dah tahu rumah tu dekat. ada kereta pulak kan. kan bagus kalau dia bagi peluang kat orang yang lebih memerlukan kolej tu..


lagipun aku bosan duk sorang-sorang walaupun aku lebih suka kalau aku je yang own bilik tu ! tapi takkan sepanjang hari aku nak terkurung dalam bilik je kan sebab aku jenis tak keluar bilik sem ni. makan pun boleh kira berapa kali je aku g turun beli nasi ! sebab aku dah ada stok makanan dalam bilik. muahaha :D


aku balik sebab walaupun weekend tu 2hari je, bagi orang yang ada kereta dan selalu keluar memang la sekejap je rasa. tapi bagi aku yang takda apa-apa ni, takda orang ajak keluar, 2hari tu ibarat 2tahun!!
*ok tipu* hehe


baik aku balik kan ?? sekurang-kurangnya aku dekat dengan bestie aku, kitorang leh enjoy hang out sama-sama, duduk rumah lagi heaven la weh ! takyah nak explain banyak sangat la kan korang tahu-tahu sendiri laahh :)) 


walaupun ada program hari sabtu, aku akan tetap balik rumah jugak, sebab hanya aku je yang tahu apa aku rasa, korang yang tak tahu apa-apa jangan nak halang aku balik k.. lagipun aku tak susahkan sebarang orang, hanya susahkan family and bestie kesayangan aku jee :) jelez la kalau kau mampu. haha


trimas.

No comments:

Post a Comment