Nov 29, 2011

#4


4 huruf. 1 ayat. 


pendek dan senang nak diucapkan. tapi susah untuk ikhlas melakukannya. senang bagi pesalah untuk mengucapkannya. tapi susah untuk yang menanggung kesakitan untuk 'take an action'. kenapa orang lain yang buat salah tapi kita yang tanggung kesakitan tu? kita tak buat salah kat dia pun tapi dia keep on hurting us. mungkin dia seronok buat kita sengsara. sedangkan dia bergembira tanpa pengetahuan kita. dan kita sedih nangis sengsara kecewa makan hati pun bukan dia tahu.


ini kisah si broken-hearted. tapi broken bukan sebab pakwe, tapi KAWAN . masih layakkah kau digelar KAWAN aku lepas apa yang kau dah buat kat aku selama kita kenal ni ? macam tak layak je kan.. hm, macam ni ke cara kau balas segala pengorbanan aku ? amat payah aku nak bongkar satu persatu perbuatan kau terhadap aku. cukuplah aku menyentuh hanya di dasarnya sahaja.


ye aku orang susah, kau orang senang. kau anak yang baik, kawan yang baik. aku akui dan aku adore kau sebab aku sendiri tak mampu jadi sebaik kau. tapi aku tak mintak duit, harta kau untuk jadi kawan aku yang paling baik. aku tak mintak kau balas satu persatu apa yang aku dah buat untuk kau. aku hanya mintak perhatian dan kasih sayang kau. itu saja.. 


aku tahu aku bukan dekat sebelah kau, aku bukan kat depan mata kau. aku serba kekurangan. tapi kasih sayang aku kat kau selama ni yang buat aku masih terima kau dan cuba lupakan segala kepahitan. aku bagi kau peluang dan terus bagi peluang tu. tapi sayang.. kau tak hargai. kau tolak aku bila kau tak perlu aku dan kau dekat dengan aku bila kau perlu aku. 


tak terkira la weh apa yang kau dah buat dekat aku selama ni. tapi kenapa kau masih nak aku berkawan dengan kau lagi ? kau kata aku paham kau luar dan dalam.. boleh nampak kan kau perlu aku demi kepentingan kau sendiri ?? sudah lah.. aku tak jahat tak kejam tapi aku belajar dari kesilapan.


walaupun kau merayu menangis macam ni



aku takkan terpedaya lagi dah walaupun kau kata kau nak berubah. kalau kau betol bersungguh nak berubah, kau akan buat . aku takkan kata YA atau TAK. kau pilihlah sendiri apa yang kau rasa terbaik. jangan kau menyesal satu hari nanti. 



p/s : aku memang akan memaafkan kau tapi tunggulah bila semuanya reda. dan jugak bila aku dah ada DIA.   terima kasih buddy



No comments:

Post a Comment