Sep 25, 2011

selamat tinggal

kawan..

dengan linangan air mata aku menaip entri ni khas buat mu disana..
even aku tahu kau dah takkan pernah visit this blog, drop kat wall fb aku..
aku dapat rasakandan bayangkan kebahagiaan kau disana..
dan aku dapat rasakan dan bayangkan kesengsaraan kau bila aku wujud dalam hidup kau..
kau nampak terpaksa untuk melakukan semua yang aku mintak..
kau nampak terpaksa untuk melayan kerenah aku..
semuanya dah tak macam dulu..


kawan..

dengan kehadiran dorang, aku dapat nampak kegembiraan kau..
jarak memang penghalang bagi kau, kan ?
tak mengapa.. 
sebab tiada sapa diantara kita semua yang akan sentiasa bersatu atau rapat serapat-rapatnya untuk selamanya..
kita mesti akan berpisah jugak..
dulu bagi kita 'jauh di mata dekat di hati'
tapi sekarang hanya aku je yang guna benda ni..
sebab bagi kau 'jauh dimata jauh la segalanya'

kawan..

aku tak tahu kenapa dari dulu lagi aku sentiasa berperasaan leb ih dari kau..
sayang aku  rindu aku untuk kau melebihi kemampuan kau untuk buat benda yang sama..
kita sangat beebeza..
aku tahu kau tak baca benda ni. aku tahu kau dah tak kesahkan aku..
segala aku dah takda makna dalam kehidupan kau..
tapi kawan.. aku tak mampu nak cerita semuanya disini. tapi aku nak kau tahu yang aku suka tengok kau bahagia..
tengok ada orang jaga kau, care pasal kau, gembirakan kau, teman kau, tolong kau..
aku hanya melihat kau dari jauh.. aku dah tak mampu nak dekat dengan kau.. aku dah tak layak nak jadi kawan kau.. aku tahu aku sapa :))

kawan..

study smart, semoga berjaya dalam hidup dan pelajaran. walaupun aku dah tak bermakna dalam hidup kau, aku harap kau takkan lupa semua nasihat aku walaupun nasihat kawan baru kau lebih kau ingat berbanding nasihat aku yang macan sampah ni =) selamat tinggal kawan ku.. =)


yang iklas,
sampah dalam hidupmu :)
sayang kamu selamanya..


No comments:

Post a Comment