Aug 7, 2011

tingtong

alhamduliilah sempurna sudah seminggu berpuasa, insyaALLAH panjang umur murah rezeki esok masuk hari ke-lapan pulak. syukran ya ALLAH. sangat bersyukur !

status fb aku pukul 11.20 tadi, 


'kalau dia dah memang jodoh engkau, jangan risau. 
dengan siapa pun dia sekarang ni, dia akan dengan engkau jugak akhirnya :)''



ramai jugak yamg like, ada sorang je kumbang yang like, yang lain semua bunga. hahaha. menunjukkan betapa sensitifnya hati seorang perempuan lagi-lagi bila bercakap soal jodoh. ya aku pun sama la jugak tuh. wee~


betol sesangat la status aku tu. aku buat status tu sebab aku banyak tengok page orang a.k.a stalk la kan, berterus terang lagi baguih. hehe. tapi aku bukan nak nyebok hal orang. just nak perhatikan perangai orang je. nama pun social networking kan. tak boleh la nak marah orang-orang yang macam aku nih. hahaha


along aku pernah cakap kat aku sebab dia ada baca satu novel ni TASBIH CINTA tak silap aku atau nama yang sewaktu dengannya lah. aku tak minat baca novel. sorry :) ayat dalam buku tu tulis kalau kita dah terdetik kata dia tu memang jodoh kita, sampai sudahnya dia lah jodoh kita. 


ada banyak maksud, mungkin kita dah betahun-tahun bercinta dengan dia, takpun bertunang, dah kenal habis lah ni kan, tetiba berpisah. atau pun korang sama -sama suka tapi taknak mengaku, last-last salah sorang atau dua-dua bercinta takpun kahwin dengan orang lain, akhirnya dia akan bersatu dengan korang jugak. mungkin partner dia tu hidup tak lama atau sebagainya. sebab tu lah ada pepatah 'kalau dah jodoh tak kemana'

tak semestinya kita dah kahwin dengan dia, dia lah jodoh kita. ye kita memang takkan pernah tahu siapa jodoh kita. mungkin jodoh kita dah tak wujud dalam dunia ni lagi dah, atau pun jodoh kita di waktu tua. siapa tahu, ALLAH je yang tahu. so janganlah kita rasa bila kita dah cinta dia, dia cinta kita, kita rasa macam dunia ni kita je yang punya. dan janganlah kalau dah berpisah tu rasa nak bunuh diri atau hilang semangat apa semua. ada hikmah atas apa yang terjadi. banyakkan bersujud dan mintak doa atau petunjuk dari ALLAH. insyaALLAH kita akan dapat membina balik kekuatan jiwa kita.


semoga semuanya baik-baik saje :)

No comments:

Post a Comment