Aug 6, 2011

perkara menarik harini

disebabkan ini last entry untuk malam ni, banyak lah nak bagitau walaupun takde orang baca. actually aku nak habiskan yang cabaran 30 hari tu. dah malas rasanya nak biarkan macam tu je. nak follow ikut hari dia memang takkan la kan. baik aku buat macam ni, ikut suka hati aku je. huhu

hn, ada ke perkara menarik harini ? rasanya semua sama je. tapi walaupun sama aku tetap rasa ia menarik. haha -.-'' bangun sahur pukul 4.45 then buat air semua sementara along aku masak or panaskan lauk. bila subuh solat subuh, mengaji sekejap, online sampai 8lebih then tido .

tengahari keluar dengan along pergi beli barang rumah yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan. petang TERtido la pulak. huhu. sementara tunggu azan magrib masak nasi, buat air, sediakan pinggan cawan. ini dah memang tugas aku sebab bukan aku yang masak :)

malam pergi terawih. so far dah pergi 3 masjid. sengaja pelbagaikan masjid, baru seronok pergi tempat orang. ini yang PALING menarik bagi aku. bulan-bulan biasa memang tak la kan nak buat macam ni. biasalah, aku manusia yang lemah :D

balik rumah supper then membungkang ! hahaha. jarang lah aku online bila dah balik terawih tu. harini tetiba je rajin pulak. huhu

goodnite ~

No comments:

Post a Comment