Aug 10, 2011

bersyukurlah

sewaktu makan esp berbuka, ingatlah mereka, saudara kita di palestin. kita wajib membantu sedaya yang mungkin walaupun hanya bersedekah sebab nak pergi sana mungkin tak mampu. Rasul ALLAH s.a.w pernah berkata, haram bagi umat islam yang lain tidak membantu saudara palestin kita..

ni ilmu yang aku dapat masa tazkirah terawih semalam kat kawasan rumah aku. ustaz jemputan wakil dari AMAN PALESTIN yang bagi takzirah. dia cerita pasal sejarah palestin sampai lah apa function aman palestin ni.

sungguh syok dengar and at the same time lahir satu perasaan sedih dan marah. sedih sebab begitu sengsara hidup mereka kat sana yang dah dijajah yahudi zionis lebih kurang 60 lebih tahun, tak sure berapa tahun. 

aku suka bila ustaz ni cakap yang ramai tanya kenapa kita tak bantu umat Islam yang miskin kat negara sendiri, kat negara jiran , kenapa sebok sangat nak tolong palestin tu sedangkan yang depan mata pun ada yang susah ?? jawapannya, semiskin-miskin rakyat kita, semiskin-miskin rakyat negar jiran, mereka tak dijajah, tak diambil hak-hak nya, tak dinodai kehormatannya. ye memang betol. rakyat kita stil boleh bekerja, makan, minum dan sebagainya dengan aman, tanpa dengar bunyi bom sana sini, takde nampak kereta kebal yahudi duk round sekeliling mereka, tanpa ada yang kena tembak tak tentu pasal. aman kan ?? hanya susah sebab takde duit je. itu pun makan dah kira mewah la tu. 


dekat sana, AMAN PALESTIN bagi 10K USD, hanya dapat tampung sahur dan  berbuka untuk 700 umat daripada berjuta umat kat sana. hanya 700 !! itu pun setiap rumah dibekalkan dengan sekotak gandum, buah zaitun, etc. sebenarnya itu minimum juadah untuk mereka. itupun mereka hanya makan sekadar alas perut. tapi kita ?? semiskin-miskin kita ialah semewah-mewah kita berbanding mereka kat sana. nak menangis rasanya.


kalau kita takde perasaan atau buat tak tahu dengan penderitaan saudara kita kat sana, kita tahu kesusahan mereka tapi kita kata 'ah takpelah, biarlah' BERDOSA hukumnya ! ALLAHUAKBAR.. lagi satu info menarik ustaz tu cerita. rakyat palestin 70% hafal satu AL-Quran ! lagi 30% ??? bukan mereka tak hafal langsung, mungkin hafal 5,10, 20 juzuk. susah nak cari orang palestin yang tak hafal langsung. tapi kita ?? dah khatam berpa kali pun belum tentu hafal lagi. macam mana nak dapat hafal kalau hati tak bersih, makanan tak jaga, main bedal je, iman tak mantap dan sebagainya. tapi kalau kita usaha inshaALLAH dapat walaupun 1 juzuk. ni nasihat untuk aku jugak. 


aku rasa malu bila dengar cerita ustaz tu. jarang bersyukur bila dah dapat nikmat ALLAH, makan ikut sedap tekak, tak puas hati tak dapat itu ini, orang ada benda tu aku nak jugak benda tu, duk sebok kejar kemewahan, duk mengeluh itu ini, malas, macam-macam lagi lah ! orang lain susah nak dapat macam apa yang kita ada sekarang. 


marilah kita sama-sama bersyukur setiap masa. banyakkan berdoa di bulan ramadhan ni, tambah-tambah lagi doa kejatuhan yahudi zionis israel ! doakan kejayaan umat Islam.


p/s ; tak salah bagi peringatan dan sama-sama buat, kita hidup tak lama dan manusia akan berubah. tak semestinya dulu tak baik sampai la ni tak baik. ingat, diri kita pun bukan baik sangat.




No comments:

Post a Comment