Jul 28, 2011

wheels


bila kita sedih, kita rasa kita je lah manusia yang paling sedih kat dunia ni. bila kita gembira, kita jelah yang paling gembira, dah takde orang lain dah. kita jelah sorang yang rasa semuanya. 


ALLAH ciptakan kita kat dunia ni untuk menghadapi segala ujian-Nya. ada masa kita suka, gembira. ada masa kita sedih, sakit hati, kecewa. this is what we called as 'wheels'. sekejap kat atas sekejap kat bawah. kita selalu dengar orang cakap 'bersabarlah..' 'ada hikamh disebalik semua ni' dan macam-macam lagi lah.


tapi sesungguhnya kita yang merasa semua tu terseksa menanggung perasaan kita. ada betolnya jugak. memang ada hikmah, cuma kita kena bersabar tunggu. mungkin esok, takpun kejap lagi. dan mungkin ambik masa 3 4 tahun akan datang. who knows ??


takde manusia yang kekal sebegitu. manusia akan berubah seperti mana masa itu berjalan. yang muda akan tua, yang sehat akan sakit, yang cantik/ kacak akan hilang keseriannya, banyak lagi lah. maka nya, jangan lah kita selalu nak tunjuk apa yang kita ada, apa yang kita rasa. kita tak tahu, mungkin ada orang yang terasa dengan kata-kata kita di saat kita gembira. mungkin ada yang mendoakan kita dari jauh.


sayang , kasih, cinta itu fitrah manusia. setiap pertemuan ada perpisahan. setiap perpisahan akan ada pertemuan. belajar terima kenyataan dah maju kehadapan. ada jodoh, panjang umur mungkin akan bertemu kembali. ALLAH tahu segalanya yang terbaik untuk kita.


memaafkan semua orang yang pernah buat salah dengan kita. sekurang-kurangnya kita sempat untuk kurangkan dosa kita sebelum kita menghembuskan nafas terakhir kita. manusia tak pernah lekang dengan dosa. walaupun dosa yang sekecil zarah. memaafkan memang sukar, tapi kalau kita latih diri kita , itu tak mustahil. ambik berapa lama masa pun untuk melupakan semuanya.


berkata-kata memang mudah, nak buat ? payah bebenor. tapi ini kata-kata dari aku untuk diri aku sendiri. insyaALLAH, aku boleh !




No comments:

Post a Comment