Jul 29, 2011

bermacam-macam BAS

kali ni rasa tertarik menarik aku memang 'debab' pulak nak cerita pasal bas. aha.. bas apakah ?? huhu. ok moh aku nak ce cite nih.


sekarang aku selalu jugak jemput 'pakwe' aku balik sekolah menengah. so kadang-kadang bila nampak budak-budak ni tunggu bas , aku teringat cerita lama aku. aku dulu pergi dan balik sekolah dengan bas je. waktu nak pergi tu aku tunggu bas depan lorong je, dalam 6.30 dah keluar. naik bas nih



tapi kalau balik tu aku naik bas awam je sebab kan balik lambat. ada extra class. dating pun ye. muahaha ;p
balik naik bas ni pulak




fokus dekat bas ye, bukan orang-orang tu and ofcoz la itu bukan aku ! hehe. ni bas lama. lama-lama pun mercedez brand tuu.. pastu keluar bas canggih sikit, lawa la and ada aircond yaaww. jakun ke apa??????? hahaha. bas ni haa



alah biarlah nak kata apa pun, aku orang kampung je. hahaha. so bas ni akan turunkan kitorang kat jalan besar. aku kena la jalan kaki dalam 15minit gituew nak sampai rumah. oho, patutla aku selim melim je dulu kan. hari-hari exercise :D 


kadang-kadang jalan tu berteman. kot la satu bas dengan budak sekolah agama ke, jumpalah si saufirah tu, balik dengan dia. kadang-kadang classmates aku, ada jugak yang 1 lorong dengan aku. tapi kan aku lagi suka jalan sorang. sebab cepat sikit sampai rumah. kalau berteman karang singgah beli air la, asam la, berborak lagi. penat aku kerah otak nak borak pasal apa lagi. ceyt ! pasal tu turun bas je aku tak pandang orang dah, menonong macam tu je tapi ada jugak yang panggil aku tu.. glemer ke i ni nyah ???? hahaha. layaaann~


ok then, ni cerita form5. mentang-mentang final year kan, aku buat benda yang aku tak pernah buat. 



kapel dengan classmate sendiri ! wahaaaaa -.-'' bukan lah aku tak pernah kapel, tapi classmate tuhh !! sebelum ni yang jauh-jauh je. ni first time depan mata ! hahaha. ala dia budak baru, dari kelantan. sebab kelas aku kelas first , mana la ramai kan sebab yang pandai sangat-sangat dah fly ke tempat lain. yang tingggal hanya yang bijak bestari je. hihihi. so dia pun masuk kelas aku.. pendek cerita, dia yang ngorat aku. phewwwiiiit..... then kami kapel , selalu lepak library. dia rajin ajar aku math mode. gila la aku ni math mode pun lembab. adoii. takpe-takpe, aku ambik kesempatan atas kepandaian dia and aku sukses wooo. thanx weh ! ;)


masa nak tunggu bas waktu balik, dia akan teman aku sampai bas sampai. then die pun blah bus stop lain sebab tunggu atok dia. hahaha. tusyen pun sama-sama, pergi sama-sama, balik pun. and makan pun ! arghh, pendek kata semua sama-sama lahh. gedik tak gedik aku ni. gatai bebenor la kan... kalau masuk 1 kedai roti ni, dia tahu dah aku suka makan apa. dia belikan. kadang-kadang aku ambik banyak gila ikut nafsu, then mintak duit dia. kui3. dia bagi pulak tuewww.. awek dia kan. hakhakhak. 


ohoi, aku rasa cerita aku ni tak synchronize betol la. sebab aku tengah excited nak cerita ni. tajuk pun dah tak fix dengan cerita. ayoyo.. takpelah teruskan.. 


masa ni dia lah kawan baik aku, body guard aku. sampai aku lupakan kawan baik aku yang sebenar. ramai gak la yang bengkek je dengan kitorang. aku tahu tu semua tapi bese lah, tengah angau, mana nak kesah kan. balik tusyen pun tunggu bas. so masa nak tunggu bas tu sampai, banyak lah kitorang borak. banyak topik sampai ke topik kawin ! damn it.. aku stil teringat lagi apa dia kata..apa-apa jelah. dalam bas pun sambung borak. dah balik rumah pun borak lagi ! tiap-tiap malam kitorang berganyut. ya ALLAH, tak sangka sampai camtu sekali. and bila bergayut tu benda yang sama je berlaku. esok pagi jumpa lagi. tak puas-puas. hahaha.


2 tahun sudah berlalu, now mana dia ?? ada je.. kami sama-sama university student cuma dia islamik sikit. huhu. kat UIA.. walaupun aku pernah benci dia atas sebab-sebab tertentu, tapi sekarang aku dah tak rasa semua tu. neutral. kalau la diizinkan, aku nak je jumpa dia, borak-borak macam dulu dan kawan balik. dia ada je kat fb tu tapi tunggu lah bila rasa nak add dia akan wujud, aku add la. biarlah aku yang nampak macam terhengeh-hengeh, tapi aku nak berkawan dengan semua orang. itu sifat yang baik, kan ? hee ~


ni lah cerita disebalik bas. hahahaha. sebab bila aku tengik bas sekolah or bus stop tu, aku akan ingat cerita ni semua. so tak lah lari sangat dari tajuk, kan ? papai !




No comments:

Post a Comment