Dec 10, 2010

kisah budak 12 tahun



saya takde adik, adik lelaki mahupun adik perempuan. saya ada abang dan kakak a.k.a saya ni anak bongsu la. hehehe.disini saya bukan nak bercerita tentang keistimewaan menjadi anak bongsu kerana umum sudah mengetahuinya :') walau bersusah payah macam mana pun saya menafikan tentang ini, mulut mereka tetap comel-degil mengiyakan. so, saya kena terima dengan hati yang terbuka dan dengan bongkak takburnya. hahaha..merepek sudaa..


pengganti kepada adik saya ialah anak-anak buah saya lah. maksudnya, saya ni makcik la. alahai...rasa tua giler.... huhu. anak buah saya henchem-henchem dan syanthek-syanthek. macam saya. waarghhh... :D disebabkan anugerah inilah yang menyebabkan saya risau tahap gaban kat mereka terutama yang pertama menjadi henchem, si danny *nama glamer* . malas nak tunjuk pic, nanti korang cair. huhu. dia masih kanak-kanak berusia 12 tahun macam saya, ecece, walaupun sudah bersunat 2 tahun lepas. untuk apa saya cerita benda ni? saje je nak masukkan unsur-unsur tuuutt..hahaha



usia macam ni memang usia tengah gatal, tengah nak berkecimpung dalam bidang cinta monyet. like mak sedara, like anak sedara. tak gitu...kuikuikui. patutla lately banyak monyet kat rumah.. hm, ramai betol adik-adik perempuan yang comel tapi gatal kat luar sana. nak kata danny ni henchem gile, hm tang mana eh?dahla kurus cikeding je. bila saya tengok tenung dia dekat-dekat, dan saat dia bukak mulut je, busuk pulak. nak kata hidung mancung, saya rasa tak. tapi haritu ada uncle tengur hidung dia mancung. aik,saya buta kah? tapi satu je bukti saya tak buta sebab orang lain pun nampak, iaitu MATA nya.. dari kerana mata... mata dia..perghh, kalah korang gegurls kat luar sana yang pakai false eyelash tau. ni makciknya pun kalah..adehh.. =.= tapi takkan lah bebudak perempuan tu tenung dia sebijik cam saya buat kot sampai boleh terjatuh hati bagai ?ish, bahaya ni bahaya..



bukan apa. walaupun dia bukan adik saya, tapi saya dah anggap dia macam adik sebab beza umur 7tahun je.  dan dia darah daging saya. so saya boleh rasa macam mana seorang kakak or abang yang risaukan adik-adiknya yang sedang meningkat remaja. benda yang senang tak payah diajar ialah bercinta. kalau suruh belajar memang susah. benda yang nak menjahanamkan memang senang nak diikut. tak percaya, tanya lah diri anda sendiri.kalau tak, takde nye bebudak sekarang umur 12 dah bercinta sakan. panggil sayang baby abang semua. jangan ingat umur lepas pmr tu pun dah layak sangat bercinta. selagi tak habis sekolah, cinta korang cinta monyet. 95% je yang kekal sampai kahwin. trust me.. DAN SAYA SANGAT RISAUKAN DANNY MACAM SAYA NI IBU DIA -____-''
  


harap dia pandai jaga diri sebab dia kata orang yang minat dia.hm, boleh percaya ke.. saya tak kesah orang nak terhegeh-hegeh kat dia sebab itu buktinya dia ada aura walaupun kurus. hehe.harap dia dapat menjadi kebanggaan parents dia automatik menjadi kebanggaan saya. 



pesanan khidmat masyarakat : JAGA AND PANTAU ADIK KORANG OK :) 


 




  

No comments:

Post a Comment