Nov 18, 2010

'kekasih' ku.. :(

salam ceria kawan-kawan. macam mana raya haji semalam? mesti seronok kan dapat makan daging lembu. hehe. ada yang masak sup daging, ada yang buat rendang, lepas tu kita bagi-bagi lah ye kat jiran ke sedara ke. nikmat daging korban dikongsi bersama :))

semalam saja je tak berblogging sebab nak spend time dengan family. ceyt, konon..padahal duk tengok tv je.hihihi :p

ok cerita untuk harini. agak mengecewakan. hati sedang berduka lara. SEBAB MUSABAB? abe putera william saya dah nak kahwin..sob3..hehe
baca ni.. 

LONDON - Pewaris kedua takhta Britain, Putera William, 28, memberikan sebentuk cincin berlian pertunangan milik ibunya, mendiang Puteri Diana kepada tunangnya, Kate Middleton sebelum pengumuman mereka akan berkahwin pada tahun depan didedahkan secara rasmi kelmarin.
Cincin berwarna biru itu diberikan kepada Diana oleh bapa William, Putera Charles yang merupakan pewaris pertama takhta Britain selepas Ratu Elizabeth II semasa mereka bertunang pada 1981.


sudah, cukup !! tak tak tertahan lagi rasa sedih. saya nak cincin tuu... :((






p/s : saya maen-maen je. takkan pandang nya cik abe ni kat saya. hahaha 








love.love.love

No comments:

Post a Comment