Nov 12, 2010

cerita lawak

hai semua..harini saya nak tunjukkan menu telor campur mayonis. hahaha.ingat kau sheila rusly.?? boleh plak buat iklan kat sini. actually, nak amek intro je, tapi melalut plak :) ampun pakk..huhu


tuan-tuan dan puan-puan..encik-encik dan cik-cik..abang-abang dan kakak-kakak.tidak dilupakan adik jugak :D *panjang bebenor..* 

kali ni saya nak berkongsi sesuatu yang mampu membuatkan hari anda lebih bermakna. wah, macam gempak sangat je kan. hoho.. selepas menjalani hari-hari yang muram, ditambah dengan cuaca yang mendung je. memang saya tak keluar rumah la kan. teperap kat rumah. biasalah, anak dara kampung..lalala~  

mari kita baca cerita lawak. benda-benda yang kelakar lah. saya dah puas gelak.kahkahkah. aik, gelak lagi??kata dah puas gelak...ok saya senyum je :))



jom bace!!


 >>>>>>>>>>>>>>
 
Man: Bapa aku hebat. Dia polis.
Semua orang takut ngan dia.

Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.

Man: Wow! Bapa kau keja apa?

Ali: Tukang gunting rambut.





>>>>>>>>>>>>>>

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?

Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.






>>>>>>>>>>>>>>

Cikgu:Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.

Bapa:Apa bukti awak?

Cikgu:Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu







>>>>>>>>>>>>>
 

Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.

“Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”

“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”

“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”








love.love.love

1 comment: