Feb 14, 2012

EMAK

harini valentine. SO WHAT? ye aku tau Islam haramkan sambut atau sebut pasal V day ni. tapi aku takdak boyfie. nak pk pasal V day ni nak watpe kan? kalau aku ada pun aku takkan celeb. ye betol. percaya lahh. HAHA

well mood menulis ni kejap naik mendadak, kejap turun gila-gila. macam sekarang ni., tetiba aku rasa nak menulis. yelah ni kan diari aku. dah private la katakan.. kwang3. yup lepas aku dah tak contact dia. aku rasa lega. rasa semuanya macam aku wat dengan ikhlas. walaupun aku teringat kat dia macam yang aku gtau dia, apa yang aku wat semua teringat dia, tapi feeling tu dah tak seteruk dulu. maybe ni memang saat aku betol2 dah fed up, puas kot dengan apa yang dah terjadi. maybe ni checkpoint yang terakhir. sesungguhnya aku rasa tenang dan tak berdendam. aku sentiasa berkata-kata dalam hati yang aku doakan dia sihat sentiasa dan bahagia serta berjaya dalam apa yang dia buat. lagipun dia berkawan dengan orang2 yang baik, so tak payah lah aku risau kan ? ALHAMDULILLAH untuk semua dugaan ni :) dan sekarang baru aku yakin yang ini keputusan yang paling bijak. Allah dah makbulkan doa aku, dah dengar rintihan aku. huk3. thanx Allah :))


itu satu hal. lepas aku dah "lepaskan" dia, mak aku pulak sakit. makin lama makin teruk. dan semalam yang paling teruk. demi Allah memang aku rasa tertekan. ye aku kan cepat panas hati. mak pulak asyik mengeluh pastu arahkan aku itu ini. aku kan tak suka diarahkan dnegan arahan yang bertubi-tubi. pastu biasalah oranng tua, nak kencing nak berak sakit itu sakit ini sebab mak aku takleh gerak takleh bangun langsung ! aku memang meradang, tapi aku wat jugak. aku jaga mak aku. aku tengah ngatok2 pun aku terpaksa buat yela sebab aku tido dengan mak aku, takkan nak bia je. aku tak sanggup dengar rintihan mak aku. walaupun aku meradang camtu tapi aku bukan anak yang derhaka tak heran mak langsung. aku just cepat panas hati je. ye memang boleh diibaratkan  ape yang aku wat ibarat tak iklas la sebab aku merungut, maraha dalam hati. yup memang aku berdosa. tapi aku tension, tertekan sebab g berurut dah, 3orang dh urut, g inject pun sudah. tapi stil ? makin teruk lak tu !! sesapa jadi aku akan tertekan jugak. tapi semalam g naik ambulan kot ! haha sebab mak aku langsung takleh bangun kan. kang jatuh lagi susah, lagi parah. masuk emergency, aku lah yang tunggu, layan kerenah mak aku. first time aku jaga memnang aku tertekan sangat tapi dah lama2 aku dah boleh terima. sekarang pun mak aku dah much better, tapi aku stil kena layan lah. nak kencing nak u'uuk aku kena angkat then mak aku wat la hal dia sampai setel. nasib ada beli mangkuk jamban tok orang sakit tu. membantu lah. tapi kalau mandi aku yang mandikan atas kusi roda. makan pun aku yang sediakan. bak kata orang, semuanya lah aku tolong, asalkan mak aku dah ada atas katil. dia nak tido ke nak mengereng ke apa ke, dia bole wat sendiri.

harini dah hari ke4 aku tak contact dia. takde sapa kawan aku yang tau aku jaga mak aku kecuali fie dengan cik piah sebab dorang contact aku haritu.. jangan nak kata yang jauh cmatu, yang paling dekat ni pun tak tahu. yelah mana tak nye. nak aku je yang contact dia. kat twitter pun camtu. kat fon apetah lagi. nak terasa? lantak kau lahh. aku dah malas nak layan. lantak la apa nak jadi pun. sebab masing2 tak tahu keadaan masing2. yang si A pulak tetiba msg kata rindu aku. apedehal? dah2 laa. tunggu jelah next sem camne. aku perlukan masa untuk aku bersendirian. kadang2 aku pk, mak ada satu je, kawan2 ade banyak boleh cari silih berganti. so mana yang lagi penting? family pun ad satu tu jelah. so jangan sedih bagai nak rak kalau hilang pakwe ke. dorang tu boleh ditukarkan. aku rasa lega dapat berbakti dengan mak aku. yelah MAK kan..

abah aku walaupu tak sehat jugak darah tinggi naik sangat kan, tapi dia stil leh urus diri. berbanding dengan mak aku. nak gerak perlu bantuan orang sebab wat masa ni kena guna kusi roda dulu. harap sangat mak aku cepat sehat leh jalan macam dulu sebab aku kesian kat kakak aku nanti bila aku dah naik sem nanti. ni tengah cuti takpelah aku jaga samada rela ke tak, larat ke tak. tu lah nasib aku tak keje kan. ada hikmah. sebab kalau lah aku keje dah sah2 lah aku kena behenti kan sebab dah jadi macam ni? takkan nak ambil cuti je kann. hehe


cukup membebel for today. daaaa~

Feb 1, 2012

terang gilerr

jyeahhh blog ini dah pun dinprivate kan sebab hanya aku je yang syok sendiri update and aku jugak la reader yang setia baca! hahaha ! takpe2 sebab aku memang dah lama tau yang blog ni memang takkan dapat sambutan hangat hangit macam orang lain. ptuihhh

FA, kenapaaaa. kenapaaaaaa ??? why me? why.....????????? sedih kot.. bukan takat sedih je, sengsara merana sumpah beribu kali dari orang yang bercerai berai ! :'( aku tak sangka. kau dah jadi stranger bagi aku..

nama tu jugak yang kau bangga2kan sebut depan aku. why weyh? dulu nama orang lain, sekarang orang lain pulak. sampai bila kau sedap je nak sakitkan remukkan hati aku?!! aku menyesal kot. menyesal sangat2 sebab jadi baik macam ni. kau dan aku ternyata sangat berbeza. tapi kenapa kita dipertemukan and jadi rapat macam belangkas ?  tapi sekarang kita dah lain? huh, cepat betol manusia berubah..

ternyata kau dah diperdaya dengan luaran seseorang yang cukup indah and sempurna dari kepala sampai kaki. bertuah kau. again, aku jugak yang ketinggalan dand terus ditinggalkan.. dosa aku besar sangat kot dari dosa kau sebab tu dugaan belum pernah berhenti singgah dalam hidup aku..

aku nak kawan and terus berhubung dengan kau, tapi... tanyalah pada diri kau apa yang kau dah buat selama ni kat aku. adakah engkau seorang teman sejati macam lagu brothers tu.. 


" selama ini ku mencari-cari teman yang ssejati buat memenemai perjuangan suci.. dengannya disisi perjuangan ini senang diharungi bertambah murni kasih Ilahi.."



aku sanjung kau sebab tu aku sudi terima kau balik. berkali2 FA kau buat macam ni. macam bese lah janji itu wajib wujud dalam kamus hidup kau. tapi usaha? ke laut. oopps, bukan kelaut tapi di persisiran pantai je.. maybe kau "lemas" masa dalam perjalanan tu kot..


kau tak rasa ke ini tanda2 Allah nak suruh kita berpisah? sebab Allah tahu apa yang terbaik tok umatNya. kau dah pun jumpa yang "terbaik" tu tapi aku.. maybe on da way kot.. berharap aku dapat mengubati lara dihati ni secepat yang mungkin sebelum aku naik sem takpun sebelum dapat result. cukup2 dah kot aku rasa serabut dengan orang sekeliling aku. jangan kau tambah serabut and semak tu lagi.


sebelum aku membenci kau tok banyak perkara, baik kita end up eth here jelah. kau sentiasa dalam kenangan samada manis atau pahit.. ~

Jan 31, 2012

typical teen

ei bosannye duk umah. bosannye takde teman. hari-hari buat kerja yang sama, tengok cerita yang sama. dahla cerita tak best lak tu. twitter pun tak mampu ilangkan bosan aku. baca status-status yang membosankan and a lil' bit annoying me + LAME.

sama la dengan status aku pun, cenggitu jugak. aku menanti someone or something miracle yang mampu bagi aku ceria and tersenyum macam dulu balik. that person or thing will be the reason why i'm smiling :)

hm.. just wait patiently because i know, he is there, waiting for me :)


Jan 28, 2012

cuti sebulan



duduk kat rumah nak watpe weyh??




goyang kaki?? opkozz :p




bangun aWaL, hikhikhik



nak kerjA tapi malas nak cari :D




hOusekeepinG tak pernah miss yaww



last sekali, eXercise lahh ! (^_ ^)


Jan 26, 2012

lapaq kacang !

i'm craving this nut that drive me nuts !!!!!!!


someone plizzzz help meeyhh :((
oh my love, can u get this for me? i love u! :DD



Jan 25, 2012

lawat kawasan

yoyo whadup guys :D

harini g sg besar, bak title diatas, lawat kawasan. well, i datin sri kan.. kih3. no lahh, g sg besar melawat family angkat yang "diangkat" masa class trip bulan lepas. 1 kereta pergi dengan my real mummy and dedi + sister in law n anak sedara. 

perjalanan takdelah jauh mana sebab jalan straight je tapi aku boleh pulak sesat. bertolak kul 9 pagi sepatutnya kul 11 la dah sampai takpun kul 10.30 ke. tapi sebab aku dah sesat ke sabak bernam, kul 12 sampai rumah tu. kelakar n bikin panas je peristiwa sesat tu.

pasni aku datang lagi sekali sumpah aku takkan sesat sebab aku ni jenis kalau dah buat 1 kesalahan, lagi-lagi lah kalau berkaitan dengan drive/kereta, aku memang fobia n ingat sampai bila-bila. bagus kan i? wink3 ;p


sampai-sampai je kena bahan dengan emak n ayah sebab aku sesat tadi kan. lama gak kena bahan tapi senyuuuuuum jeeee :))) kami dihidangkan dengan laksa. makan sampai kenyang gila babeng, pastu rehat-rehat amek angin kat lua rumah, borak-borak dengan emak, pastu pas solat zohor, lunch pulak. even perut masih kenyang tapi ku lantakkan aje sebab nak gerak balik before asar kalau boleh. sedap seyh..


lauk ikan keli goreng cili padi, keladi masak asam, sambal belacan, ikan bakar, ulam-ulam, ayan goreng ala-ala kfc + udang goreng tepung kfc gak. perghh, mewah betol. sory ah memang takde snap 1 pic pun. next time la yee.

pastu petang sikit makan cempedak goreng. then dalam kul 4 gerak, n samapi umah kul 6 camtu. seriuosly kaki aku sangat penat. bukan sebab bawak manual tapi kalau bawak auto pun memang penat gak. dengan mata aku damly tired. agak jelez bila semua yang kat belakang sedap tido, tapi nasib my mummy tak tido, teman si puteior die sorang ni haa, hehe. tengs mummy . muaachh XD


hm udah la tu kot. stiry berakhir disini. next time datang lagi akan ku pastikan ada gambar!

daa~~ 

Jan 23, 2012

sarang tebuan